Saturday, September 12, 2009

Sejarah SRIDU

KERTAS KERJA CADANGAN PENUBUHAN PERSATUAN ALUMNI SRIDU
(1)            SEJARAH SEK. REN. ISLAM DARUL ULUM 
Sekolah Rendah Islam Darul Ulum(SRIDU) ditubuhkan pada 1989, oleh beberapa orang anak muda yang cintakan kepada pendidikan Islam yang diketuai oleh Tuan Hj. Mohd. Najib Fahmi B. Hj. Yahya, anak kepada Tuan Guru Hj. Yahya Junid, A.M.K sebagai pengerusi yang pertama.Manakala Setiausahanya ialah Tuan Hj. Mohammad @ Fauze B. Hussain.

Sekolah ini bermula dengan 17 orang pelajar, menumpang di sebuah bangunan secara sementara di Km.3, Lebuhraya Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Milik Tuan Hj.. Hassan B. Ismail.

 Pada bulan April 1994, pihak Lembaga Tadbir mengambil keputusan berpindah sementara ke bangunan yang lebih besar di Telok Bagan sejauh 3 km dari tempat asal dan berdekatan dengan sebidang tanah yang dibeli bagi pembangunan SRIDU seluas 3 ½ relong. Pembangunan SRIDU telah dimulakan dengan membina sekolah mengikut pelan atur yang terancang mengikut fasa-fasa yang telah ditetapkan.

Setelah perkembangan SRIDU semakin pesat dan tidak dapat menampung jumlah murid yang semakin ramai dan pembangunan fasa pertama telah siap secara rasminya para pelajar dan kakitangan SRIDU ditempatkan dibangunan tetapnya pada awal tahun 1997. Bangunan ini terletak di lot 641, Mukim Pengkalan Kundur, Daerah Kota Setar.

Memandangkan permohonan belajar di sini begitu meningkat setiap tahun, pihak sekolah telah berusaha dengan giatnya membangunkan SRIDU. Hingga kini perbelanjaan pembangunan menjangkau lebih RM2.5 juta. Proses termasuk membina blok sekolah,asrama,kantin dan masjid yang boleh menampung 500 jemaah pada satu-satu masa..
  
(2)           ALUMNI?
       Alumni berasal dari perkataan B.I dan sebutannya di dalam B.M ialah Alumni. Alumni juga di kenali dengan “ Reunion ” yang memberi maksud “Perhimpunan Semula” sama ada lepasan-lepasan pelajar @ graduan siswa/siswi.
        Alumni juga adalah hari untuk menyatukan kesemua pelajar. Perjumpaan semula dengan lepasan-lepas pelajar adalah untuk mengetahui perkembangan pelajar-pelajar tersebut.
       Di samping itu, dapat mengukuhkan lagi hubungan silaturrahim dan memupuk  ukhuwah mahabbah di kalangan ahli Alumni . Dan InsyaAllah, sama-sama kita dapat mengembalikan fikrah di kalangan mereka.
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN ALUMNI SRIDU 
Presiden                          : Ahmad Ahlami Bin Shaharin
Timbalan                        : M.Ridzuan Bin Daud
Timbalan                         : Siti Nur Sholehah Bt. M.Noor
Setiausaha                      : Mohamad Fathi Bin Sabri
Timbalan                         : Kamilah Bt. Shafie
Bendahari                       : Muain Bin Ahmad Shukri
Timbalan                         : Asma` Athirah Bt. Zainon
Lujnah Program              : Muhammad Amin Bin Badron Hisham
Timbalan                         : Nurhanisah Bt. Rosli
Lujnah Akademik            : Muhammad Atif Hadi Bin Ahmad
Timbalan                         : Rabiatul Adawiyah Bt. Hamzah
Lujnah Ekonomi              : Akmal Hakim Bin Dali
Timbalan                         : Siti Zawiyah Bt. Ahmad
Lujnah Kebajikan           : Muaz Bin Makhtar
Timbalan                         : Ummi Kalthum Bt. Ibrahim
Lujnah Perhubungan      : Faiz Bin Fadzil
Timbalan                         : Mawaddah Bt. Rusdin

Tuesday, September 1, 2009

persatuan alumni sridu ditubuhkan

assalamualaikum pada semua pelawat, blog ini secara rasminya di bina tepat jam 10.55 bertarikh 01/09/2009...blog ini ditubuhkan untuk semua alumnai terutamanya dan information tentang aktiviti sridu dan juga alumni sridu beserta untuk tempat bertukar2 pendapat dan pandangan semua ahli....JIKA ANDA X-STUDENT SRIDU LOGIN LAH DAN BERSAMA KITA JAYAKAN PERSATUAN ALUMNI INI....
Terima Kasih...arigatoooo....